Sunday, November 4, 2012

Aku Seorang Penganggur

 
Alhamdulillah, akhirnya datang jugak mood nak update blog. Malam nie sambil bertemankan lampu tidur kat tepi katil, saya nak bagitahu yang saya sekarang adalah seorang penganggur terhormat, huhuhu. Saje je nak bagitahu kat blog even takde sape pon yang nak baca, eceyh, hihihi
 
Lately, saya ada mohon banyak jugak kerja, bermacam bidang, bermacam jawatan serta bermacam jenis pekerjaan, tapi sampai hari nie iaitu dah nak masuk minggu ketiga sebagai bekas pelajar masih lagi belum ada rezeki, rasa macam sedeh pon ade, terfikir jugak yang saya nie taklayak untuk buat ape ape kerja ke ataupun saya salah tulis nombor talifon yang menyebabkan orang tu takboleh call. Kebimbangan tersebut saya suarakan pada ummi saya, ummi pesan, "Allah nak bagi rezki tu lambat je, mungkin ada hikmah awak takdapat, mungkin sebab ade kerja yang lebih baek berbanding kerja kerja yang awak mohon tu. Bersangka baek lah pada Allah. Nanty Allah bagi yang lebih baek yang tak disangka sangka." Rasa lega bila ummi kata macam tu, yakin lah bahawasanya yang rezki maseh belum berpihak pada saya.
 
Walaumacam mana pun saya tetap akan terus usaha cari dan cari kerja disamping takhenti berdoa semoga dipermudahkan. Awak tolong lah doalah jugak :)  *Saya seorang penganggur*
 
 

No comments:

Post a Comment

Suka lah untuk tinggalkan comment ye ;)