Thursday, October 3, 2013

Perginya Seorang Bapa

Hampir 2 bulan sudah pemergian bapaku tercinta menghadap Ilahi, masih lg teringt ingt segala kenangan masa beliau hidup dan masih sihat :'(
Tanggal 27 Julai 2013, selepas habis waktu sahur dan selesai solat Subuh, ada panggilan dr hospital meminta kami sekeluarga datang ke hospital segera sebb dimaklumkan ayah sy yg kami adek beradek panggil "Abuya" seolah tenat. Kami cuba kuatkan semangat, fikir sehabis positif untuk menyedapkan hati. Pagi tu jugak kamu sekeluarga bertolak ke hospital. Bila tiba kat depan pintu wad, sy suruh adek beradek masuk dulu sebab nak call suami yg bertugas kat Perlis utk maklumkan hal kecemasan nie.
Habis saja bercakap dengan suami, sy pon masuk dengan tenang je seolah macam segala nya dlm keadaan baik. Tiba kat katil yg menempatkan abuya, sy lihat langsir di sekeliling katil abuya di tutup, sambil tu terdengar suara tangisan adek2. hati mula rasa tak sedap. Perlahan lahan pergi kat katil dan selak langsir. masa tu sy hairan kenapa memasing sume nangis seolah macam benda teruk yg jadi. Mata sy terpandang kaki yg berselimut kaku di atas katil. perlahan lahan sy alihkan mata ke badan dan akhirnya wajah. Sy nampak muka abuya dah pon ditutup dengan kain selimut. Dalam kepala tertnya, kenapa tutup muka nie? Tetiba seolah macam hilang. Bila tersedar, sy hanya tahu yg abuya dah takda, dah pergi tinggalkan kami. Tetiba sy menjerit, seolah macam taboleh nak kawal perasaan nie. Ape benda semua nie. betul ke nie? Sy menjerit memanggil abuya semahunya. Sedara mara yg ada kat situ masa tu hanya memeluk kami 3 beradek utk redakan perasaan kami, ibu dah terjelopok atas lantai sambil menangsi. Sy macam takpercaya yg terbaring kaku berselimut habis tu ayah kami yg menjaga, mendidik, memberi penuh kasih syg pd kami sejak kami lahir lg sehinggalah kami dah besar panjang. 
Bila kami dah mula reda, kami cuba terima kenyataan sebaiknya, ni semua Allah yg nak. Daripada abuya kami menderita, lebih elok lah die pergi menghadapNya. Kami menguruskan jenzah untuk dibawa balek dan dimandikan. Kami 3 baradek minta izin pada bilal jenazah utk mandikan sendiri jasad abuya kami yg mnjaga kami selama ini. Masa kecik dia lah yg memandikan kami 3 beradek, sampai kami masuk sekolah rendah pon masih lagi abuya yg mandikan. Bila dia dah meninggal, biarlah jenazahnya kami yg mandikan. Selepas mandi kami kafankan sendiri, pon masih lagi hanya kami ber3 bersama dengan bilal jenazah yg uruskan pengkafanan. Kami puas dapat uruskan sndri dengan tangan kami. Alhamdulillah. Kami sangat puas. 
Segala doa2 yg abuya kami ajar, ilmu yg abuya kami ajar, alhadulillah kami masih amalkan hingga kini, seolah macam kebiasaan kerana dididik dr kecik macam tu. Semoga apa yg kami pelajari dari abuya ni menjadi saham pahala abuya kat akhirat sana. Aminn :'(



Saturday, July 13, 2013

WalimatulUrusku

Hye hye, lamanya tak update blog, dah berhabuk masa sign in tadi. Huhuhuhu~~ Oke baru lepas sapu sapu background blog tadi. Hahaha pentipu !
Macam bahagia sangat je kan. alhamdulillah memang bahagia pun bila hari yang dinantikan dah tiba, majlis perkahwinanku :) Saya dah pun sah bergelar isteri kepad Encik Muhammad Firdaus bin Zulkifli yang sebelum nie saya mention dia kawan saya sejak sekolah. Seorang anggota polis sejak 6 bulan yang lalu. Syukur alhamdulillah, rasa macam takpercaya dah kahwin. Kami melangsungkan perkahwinan masa 8 June 2013 yang lalu. Dah sebulan bernikah baru nak cerita kat blog. Tapi still pengantin baru lagi kan kan. Hihihihihi
Macam takpercaya je dah kahwen. rasa macam main kawen kawen pula nie haa. Sekarang nie suami dah balek ke Perlis. Dia bertugas kat sana. Jauhnya dari Melaka kan. Saya takdapat pun ikot sebab belum ada tempat tinggal. Suami saya duduk rumah bujang dengan kawan dia. Untk rumah kami, masih belum dapat kunci. Takpelah, saya sentiasa tunggu suami saya. Itu tanggungjawab saya yang pastinya.
Cuba tengok gambar kat bawah nie :)


Monday, May 27, 2013

Hari Convocation

Yeayyy, Alhamdulillah dah convo jugak akhirnya pada 21 May 2013. Syukur syukur syukur. Macam takpercaya bila pakai jubah, topi, dengan sijil kat tangan, lagi takpercaya bila yang anugerahkan siil tu Dato Seri Sahol Hamid (Naib Censolor UiTM) . Saya graduan Diploma yo!!!

Masa hari convo, yang datang sama sama dengan saya ialah pakcik dengan maklang saya. Masa tu sebenarnya nak sedih jugak. Sebab Ummi dengan Abuya saya takdapat pon nak hadirkan diri pada hari berssejarah saya. Bakal suami pon takdapat jugak. Kebetulan masa tu, Abuya saya ada kat hospital, kena tahan wad sebab kan kencing manis, buah pinggang, semput dan sebagainya. So ummi kenalah teman abuya kat hopital. Disebabkan abuya kena ada orang yang jaga, ummi pun takdapat jugak nak hadirkan diri. So mestilah rasa sedih kan. Masa pagi tu, asyik lah airmata nie meleleh. Taktahan sedih rupanya hati nie. HIHIHIHI. Sepanjang dalam dewan, konon taknak nanges, cuba fokuskan diri kat dewan. Tengok muka muka yang bangga dapat sijil. Tahniah untuk diorang :)

Lepas keluar dari dewan, masing masing mencari family masing masing. Seronok je tengok diorang. Saya pula keluar dengan keadaan terpinga pinga tengok kawan kawan salam mak ayah dorang, peluk cium semua. Saya dari jauh hnye pandang jelah, Tetiba hati rasa sebak, walaupon mase tu pakcik dengan maklang ade. Tapi dorang taksama. kebetulan pula masa tu ada bawak kad kahwin, so edarkan kad kahwin jelah, boleh gegurau dengan kekawan. Biasalah, bila nak kawen ni, memanjang je orang dok mengusik. Alhamdullillah dapat jugak ubat rasa sedih :)

Sekarang nie lah baru kita dapat rasa yang sebenar benar rasa yang betapa pentingnya ibubapa dalam hidup kita. Tahniah utk semua kawan kawan yang dah berkonvo. Selamat menjalankan tugas sebagai pelajar ijazah :D

Wednesday, May 1, 2013

Merisik

Dah 2 bulan dah berlalu, masih lagi saya menyimpan sebuah kenangan yang tak mungkin saya sendiri lupakan. 2 bulan yang lepas, semasa bangsa Cina sibuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina, rumah saya ada sedikit majlis keraian, iaitu majlis Merisik. Merisik sapee?

Merisik saya lah, Hihihihi. Masa tu macam takpercaya je saya dah ada orang merisik. Dirisik oleh keluar orang yang saya sayang sejak dari zaman persekolahan, Entry sebelum dah cerita dah kan. Seorang jejaka yang berjaya menarik perhatian saya dengan sikapnya yang lembut dan baik budi pekerti. Alhamdulillah kami sekarang hampir tiba ke destinasi, iaitu nikah. Mohon sangat agar Allah s.w.t sentiasa memberkati perkahwinan kami kelak. Tarikh pernikahan pun hanya tinggal sebulan je lagi. Saya pun semakin sibuk nak uruskan itu ini. Macam takpercaya nyaa. Sekejap je masa berlalu. 

Cukup lah sampai sini je entry kali nie, takdapat nak cerita panjang sangat. Sebab rasana setiap orang akan lalui perkara yang sama bila dah nak tiba hari pernikahan. In Sha Allah lain kali berjumpa lagi :)

*Selamat Hari Pekerja*

Sunday, April 7, 2013

Berdakwah di Akhir Zaman

 
*Sob *Sob. Sedeh siket. Nak cakap siket nie, zaman sekarang memang orang yang sebarkan perkara baik akan selalu dihina ke? Tak kira lah sama ada orang yang menyebarkan tu nak menunjuk atau hipokrit atau menipu atau sebagainya lah, atau beliau memang berniat nak terus kan usaha Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, tapi yang penting tu niat masing masing kan. Hanya Allah je yang tahu apa yang terdetik kat hati dia. Malangnya, yang bertambah malang lagi, ramai yang akan hina, kutuk, caci, ada pulak tu sampai fitnah, tengking depan depan muka si penyampai ilmu tu dengan perkataan yang sungguh menyayat hati. Apa agaknya perasaan orang yang kena hina bila dia berniat nak bagitahu ilmu tu, nak sebarkan ilmu tu, nak sampaikan, nak kongsikan sama sama ilmu yang dia ada pada orang lain, tapi tak dihargai malah dilayan seperti pesalah besar. 
 
Baru baru nie, abang sepupu dengan jemaah beliau pergi dari rumah ke rumah untuk mengajak orang lekaki untuk bersolat dimana azan dilaungkan, tapi yang sedehnya, mereka ditengking didepan muka dengan perkataan yang sungguh kasar. Syukur Alhamdulillah, jemaah tu boleh bersikap positif and tak membalas dengan perbuatan yang tak elok. Malah mereka semakin bersemnagt lagi untuk mengajak orang bersembahyang jemaah dimasjid. Sungguh rugi bagi mereka yang meninggalkan solat berjemaah dimasjid.
 
Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)  
 
Hanya mengajak untuk solat berjemaah sahaja, dah boleh kena sampai macam tu sekali. Apa yang beratnya solat berjemaah tu? Rasa macam terkilan bila orang pandang ringan bab nie.
 
Sepatutnya kita rasa syukur sebab masih lagi ada yang sudi mengingatkan kita tentang akhirat. Asyik sangat dengan dunia pun, takberjaya juga, Masih lagi gagal sebab akhirat zero. Janganlah asyik kita protes bila ada yang mengingatkan diri kita tentang akhirat. Orang yang takboleh nak terima ilmu, menandakan hatinya gelap.Takkan kita nak biarkan hati kita gelap sampailah satu masa, Allah tarik nyawa dalam keadaan kita jahil tentang akhirat, langsung takbawa bekalan dari dunia untuk sokong diri kita diakhirat nanti. YaAllah, sedehnya, kesalnya, masa tulah keluar dialog:" Kalau takbuat dosa masa muda dulu, kalau lah aku bertaubat dari awal, kalau lah aku boleh ulang masa nie lagi, kalau lah....kalau lah...kalaulah." Banyaknya kalau lah, tapi sayangnya semua takboleh diulang lagi, masa takkan mungkin berputar terbalik, tapi masa hanya akan berjalan kedepan, kedepan dan terus kedepan. Terpulang pada kita macam mana kita nak corakkan masa hidup kita untuk bawa bekalan diakhirat kelak.Menyesal lah sebelum terlambat.

Asyik sangat menaip sampai taksedar panjang nya entry nie. Rajin ke nak baca kan. Hihihi. Oke lah, need to go. Entry nie sekadar perkongsian hati dengan pendapat. Jika ada yang terkasar bahasa, Asif Jiddan. Wassalamm :)
 
 

Saturday, April 6, 2013

Lawak Hambar

Hihihihi, tahu tak, tengok scrolling timeline twitter, tetiba teringat satu cerita yang diceritakan oleh anak murid 3 hari lepas. 

Cerita die macam nie: "Teacher! Teacher! Semalam kan aniq kan, aniq jumpa tatak(katak). Aniq tepuk2 tatak tu, tapi tatak tu lari, dia tak mati pun teacher. Geram Aniq tengok."

YaAllah, dalam hati saya. Kenapa lah Aniq gy tepuk katak tu, geli geleman pulak teacher dengar. Eeeee.. Cara cakap memang kelakar sebab Aniq pelat budaknya. Sungguhpun dia pelat, tapi masih boleh lagi faham ayat die tu. Boleh lagi paham apa yang cuba die nak sampaikan. Lepas je dengar cerita Aniq, saya terus ke pantry and gelak sengsorang sebab bagi saya kelakar, geli pun ada. Apa lah nasib saya yang takut dengan katak tu. Eeee geli geli.  

Monday, March 25, 2013

Rahsia Surah Al- Kauthar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud 'Sungai di Syurga'. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

*Apa yang saya tahu dan saya dapat, saya akan share melalui blog saya. In sha Allah, manfaatnya kita bersama, Aminn