Sunday, April 7, 2013

Berdakwah di Akhir Zaman

 
*Sob *Sob. Sedeh siket. Nak cakap siket nie, zaman sekarang memang orang yang sebarkan perkara baik akan selalu dihina ke? Tak kira lah sama ada orang yang menyebarkan tu nak menunjuk atau hipokrit atau menipu atau sebagainya lah, atau beliau memang berniat nak terus kan usaha Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w, tapi yang penting tu niat masing masing kan. Hanya Allah je yang tahu apa yang terdetik kat hati dia. Malangnya, yang bertambah malang lagi, ramai yang akan hina, kutuk, caci, ada pulak tu sampai fitnah, tengking depan depan muka si penyampai ilmu tu dengan perkataan yang sungguh menyayat hati. Apa agaknya perasaan orang yang kena hina bila dia berniat nak bagitahu ilmu tu, nak sebarkan ilmu tu, nak sampaikan, nak kongsikan sama sama ilmu yang dia ada pada orang lain, tapi tak dihargai malah dilayan seperti pesalah besar. 
 
Baru baru nie, abang sepupu dengan jemaah beliau pergi dari rumah ke rumah untuk mengajak orang lekaki untuk bersolat dimana azan dilaungkan, tapi yang sedehnya, mereka ditengking didepan muka dengan perkataan yang sungguh kasar. Syukur Alhamdulillah, jemaah tu boleh bersikap positif and tak membalas dengan perbuatan yang tak elok. Malah mereka semakin bersemnagt lagi untuk mengajak orang bersembahyang jemaah dimasjid. Sungguh rugi bagi mereka yang meninggalkan solat berjemaah dimasjid.
 
Rasulullah bersabda bermaksud: "Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak." (Muttafa Alaih)  
 
Hanya mengajak untuk solat berjemaah sahaja, dah boleh kena sampai macam tu sekali. Apa yang beratnya solat berjemaah tu? Rasa macam terkilan bila orang pandang ringan bab nie.
 
Sepatutnya kita rasa syukur sebab masih lagi ada yang sudi mengingatkan kita tentang akhirat. Asyik sangat dengan dunia pun, takberjaya juga, Masih lagi gagal sebab akhirat zero. Janganlah asyik kita protes bila ada yang mengingatkan diri kita tentang akhirat. Orang yang takboleh nak terima ilmu, menandakan hatinya gelap.Takkan kita nak biarkan hati kita gelap sampailah satu masa, Allah tarik nyawa dalam keadaan kita jahil tentang akhirat, langsung takbawa bekalan dari dunia untuk sokong diri kita diakhirat nanti. YaAllah, sedehnya, kesalnya, masa tulah keluar dialog:" Kalau takbuat dosa masa muda dulu, kalau lah aku bertaubat dari awal, kalau lah aku boleh ulang masa nie lagi, kalau lah....kalau lah...kalaulah." Banyaknya kalau lah, tapi sayangnya semua takboleh diulang lagi, masa takkan mungkin berputar terbalik, tapi masa hanya akan berjalan kedepan, kedepan dan terus kedepan. Terpulang pada kita macam mana kita nak corakkan masa hidup kita untuk bawa bekalan diakhirat kelak.Menyesal lah sebelum terlambat.

Asyik sangat menaip sampai taksedar panjang nya entry nie. Rajin ke nak baca kan. Hihihi. Oke lah, need to go. Entry nie sekadar perkongsian hati dengan pendapat. Jika ada yang terkasar bahasa, Asif Jiddan. Wassalamm :)
 
 

No comments:

Post a Comment

Suka lah untuk tinggalkan comment ye ;)