Friday, November 23, 2012

Statement yang Paling Takboleh Lupa

Hye hye ! Erm hari nie update blog rasa taknak ada smile senyum je sebab entry nie amat sedeh bagi saya. *Bagi saya* jelah
3 minggu yang lalu, saya maseh lagi belum bekerja. Ada seorang makcik nie yang juga memang kenalan mak saya minta tolong saya datang rumah dia untuk kemaskan halaman rumah dia. Saya pun datang since dia pernah tolong family saya suatu masa dulu. Sejujurnya saya takberapa selesa dengan dia sebabnya nanty saya cerita. Masa dalam talifon, dia minta saya datang rumah dia sebab nak minta tolong saya cabut rumput kat halaan rumah dia. Tapi bila saya datang, lain pulak kerja yang disuruhnya. Rumput tak cabut pulak. Makcik tu minta saya bersihkan kolam air pancut hiasan yang ada kat halaman rumah dia. Dah lepas tu, dia minta saya cuci longkang rumah dia sebab masa tu baru lepas mesin rumput jadi, rumput yang dah dimesin tu banyak bersepah masuk dalam longkang rumah dia. Sampai lah petang, kerja yand disuruh takhabes lagi, jadi dia minta saya datang pada esok harinya. Masa tu memang saya mengeluh jugak, bukan sebab mengeluh buat kerja tp mengeluh sebab saya takselesa dengan dia.
Nak dipendekkan cerita, esok pagi nya bila datang rumah dia, dia minta saya cuci lantai garaj parking kereta dia. Dengan bersemngat nya saya pun cuci lah. Dah setengah jam menyental lantai, baru lah saya disuruh cabut rumput. Selesai je cabut rumput, dia ajak saya keluar makan. Saya mengelak, kononnya nak makan kat rumah je dengan mak ayah saya tp dia sedaya upaya pujuk yang akhirnya membuatkan saya tak sampai hati lagi nak tolak. 

Masa dalam kereta, dia bertanya yang soalan tu membuatkan saya rasa sangat lah takselesa tapi dalam masa tu saya cuba kawal riak muka supaya tak tunjukkan yang saya taksuka demi menjaga hatinya. Memula dia tanya sama ada saya ada buah hati ke tak. Dia minta saya jawab dengan jujur. So saya pun jawab lah dengan jujur. Ye, saya dah ada buah hati. Then dia tanya kenapa saya suka dia, bila jumpa and kenal. Lepas tu tanya yang buah hati saya tu kerja atau maseh belajar lagi. Semua saya jawab jujur. Dah lepas tanya tu, dia tetiba diam je. Saya rasa lega bila dia dah berhenti tanya. 

Taksampai berapa minit lepas tu, dia bersuara lagi yang kali nie membuatkan saya rasa marah, terkejut and sedeh. Dia minta saya buka hati saya untuk orang lain. Tu mungkin ayat berkias dia. Kalau maksud yang straight to the point, dia minta saya lupakan buah hati saya tu and cari orang lain. Masa tu hanya Allah saja yang tahu. Memang saya dah agak yang satu hari nanty akan ada bende yang saya taksuka keluar dari mulut dia. I'm really not in a good mood hari tu. Masa makan pun takde mood, rasa takselera tp still saya taknak tunjuk kat dia yang saya tengah marah. Sedeh sangat. sampai ke hari nie saya tak boleh lupa apa yang dia cakap tu " Boleh tak buka hati awak tu untuk orang lain? " Soalan apa tu? Bagi saya, hati bukan macam barang, bukan macam pintu untuk senag buka pada sesapa je untuk masuk. I really can't understand why dia cakap macam tu :'(

 Memang saya akui, memang banyak ujian dalam hubungan saya dengan dia, tapi semuanya saya boleh cool lagi. Saya tak ungkit, tak ingat pun lagi dah, tp dengan apa yang amkcik nie cakap saya rasa down sangat. Saya rasa macam geram sangat. Kadang2 keluar jugak ayat dari mulut saya, yang dia tu sapa nak cakap macam tu kat saya. Dia takpernah pun jumpa lelaki yang saya suka nie and secara tetiba je dia boleh berani cakap macam tu. I really hate that statement until now and then !

Dua hari saya mereka ayat. Sampai mengantuk mengarang entry nie. Thats all. Taktahu nak cakap apa lagi sebab rasa sedeh sangat nie :'( Sorry if anything wrong sepanjang saya update entry nie :')

Monday, November 19, 2012

Just a Simple Design

Hyeee :) Nak cerita siked je nie, last week saya dapat request dari seorang kawan baek saya, jugak seorang blogger. Kira macam senior blogger saya jugak lah, kitorang sekelas sebenarnya, masa time belajar dulu. Beliau minta saya design kan header blog dia. Saya tanya kenapa pilih saya untuk tolong dia designkan header blog dia. Dia kata sebab dia selesa dengan saya. Then oke lah, nak dekat seminggu jugak lah baru siap, padahal boleh buat dalam masa 2 jam je pun, tapi disebabkan kekangan masa, so asyik bertangguh jelah. So this is for her


It quite simple and sebenarnya takpuas hati pun, rasa nak buat yang lain, tp sahabat saya tu pulak puas hati and dia taknak tukar. Kata nya ini pun dah cukup dah. Ohh, blog dia private pulak. takdapat nak share dengan orang lain. 

Oke done ! :)

Sunday, November 18, 2012

Berubah Wajah Lagi

Tadaaaa !! HAHAHAHA ! Fuuhh, semalam saya bekerja semata mata mengEDIT blog saya nie. Masih lagi berwarna pink, nat hati sebenarnya nak tuukar kepada warna lain, tapi ntah kenapa mata nie nampak pink jee.. 

Selain ubah warna blog nie, saya jugak ada tambah sikit gadget kat tepi tu, contoh nye macam contoh yang kat bawah nie :

Shoutbox: kotak nie untuk visitor tinggalkan jejak bile lepas singgah, saya punya nie kosong lagi, sebabnya baru lagi buat, hehehe


Wishlist: makna nya apa yang kita nak kita senaraikan and tandakan "checked" bila dah tertunai
Visitor Counter: nie pulak untuk kita tahu berapa orang bisitor yang dah masuk dan baca blog kita nie, ohh, ada jugak yang sudi baca blog saya nie yee, hehehe :p
 Blog Archive: kalau sebelum nie blog archive saya nie memanjang je kebwah lepas tu semua tajuk tersenarai je sampai bawah, but now dah tukar, saya letakkan scroll box kat archive nie supaya nanty tajuk entry saya takde lah panjang berjela sampai bawah, boleh jimat space untuk widget lain pulak, hikhikss :)
Okeyyh, sampai sini jelah entry kali nie, kat footer tu ada lagi tapi kalau korang rajin gy la tengok, bagi saya cute, bg korang pon cute jugak kan kan kan. Hehehehe.. Nak tahu mana saya belajar semua tuto nie? Go and visit blog si cantek Lyssa Faizureen nie :)

Selamat mencuba bagi yang nak mencubaa :)


Thursday, November 15, 2012

Adap makan


Haa cepat cepat, kita nak buat adap makan nie , ready ready ,, heee~
Niat kita makan untuk kenelah betul, selain nak kenyangkan perut nie, tapi perlu juga beribadat sambil-sambil tu. Tidak makan sebelum lapar dan kenelah berhenti sebelum kenyang sepertimana para sahabat amalkan yang mana makan dua kali sehari iaitu siang dan malam. Tak nampak gelojoh langsung kn ? Nak makan pon kene ade adapnye supaya mudah nak cari redha Allah, tak susah pon. :)

  • Berwudhu, tutup kepala, makan dengan berjemaah kerana jika makan berseorangan, syaitan yang akan makan bersama kita 
  • Cuci tangan dengan air yang mengalir agar kotoran jatuh bersama dengan air yang mengalir
  • Gunakan alas (saprah) supaya makanan yang jatuh kita boleh pungut semula kerana disitu mungkin ade keberkatannye
  • Disunnahkan tunggu makanan apabila makanan telah dihidangkan
  • Duduk dengan kaki kiri diduduki dan lutut kanan ditegakkan, agar perut kite terlipat menjadi 3 bahagian : sepertiga bahagian untuk makan, sepertiga bahagian untuk air, dan sepertiga bahagian untuk udara.
  • Makan dan minum dengan tangan kanan
  • Sebelum makan disunnahkan mencicipi garam dengan jari manis, kelebihannya, mencegah 70 jenis penyakit
  • Mulakan makan dengan "Bismillahirrahmanirahimm"
  • Makan buah sebelum makan makanan berat
  • Disunnahkan makan dengan 3 jari dahulu untuk suapan pertama dan seterusnya makan dengan 5 jari
  • Disunnahkan memuji makanan
  • Jangan mencela makanan walaupun tak sedap
  • Ambil makanan yang terdekat dahulu
  • Jangan tinggalkan sisa makanan dalam pinggan
  • Disunnahkan menjilat jari selepas makan dan sebelum mencuci tangan
  • Dianjurkan sesudah makan bejalan kira-kira 40 langkah
  • Baca doa selepas makan
  • Tidak meninggalkan orang yang belum selesai makan
selamat mencuba !

Permulaan yang Baru


Hello :) Morning childrens ! My name is Ummi Athirah, children can call me “Teacher Athirah”. HAHAHAHAHAHA ! Today was my second day as a teacher, macam takpercaya oke, sangat tak percaya yang akhirnya Allah temukan jodoh dengan bekerja sebagai pendidik kat sebuah tadika swasta kat area rumah.  Alhamdulillah, tak terkira syukurku ke hadrat Ilahi. 

First day berkerja, saya tak mengajar tapi hanya tengok je teachers lain mengajar, lepas tu tolong tolong siked diorang. Budak budak pon cepat je mesra, dah la cute je. Geraaamm ! HEHEHEHE ! Pada mulanya rasa maca takseronok je, sebab rasa macam bosan, tambah pulak lagi, saya nie jenis takpandai nak mesra mesra dengan budak. Mungkin ada hikmahnya Allah pilih saya sebagai cikgu tadika, nak didik saya supaya pandai layan budak budak kot. So far, seronok jugak lah, lagi lagi bila tiba hari kedua, saya dah mula mengajar, mengajar subject mathematic in English. MashaAllah, penat takyah cite lah, sebab nak kena jerit je, budak budak nie kalau belajar nye seminit dua je, then lepas tu strat lah main kejar kejar lah, nyorok nyorok lah. Allah, penat nye rasaa. 

Lepas habes semua budak balek, kena sambung office hour pulak lagi, waktu balek saya pukul 5 petang. Letih jugak lah, maybe hari pertama kot. Nanty dah lama kerja insyaAllah oke lah tu kot. Bila balek je rumah, parents terus anya macam mane engalaman hari pertama. Tergelak gelak diorang bila saya cerita pasal gelagat budak budak kat tadika tu. Masuk je bilik, terus tumbang. HUH ! letihnyeee ….
Conclusionnya, best lah kerja nie. Even though penat pun, seronok tu tetap ada

*ceehh, siap dengan conclusion lagi :p

Sunday, November 4, 2012

Aku Seorang Penganggur

 
Alhamdulillah, akhirnya datang jugak mood nak update blog. Malam nie sambil bertemankan lampu tidur kat tepi katil, saya nak bagitahu yang saya sekarang adalah seorang penganggur terhormat, huhuhu. Saje je nak bagitahu kat blog even takde sape pon yang nak baca, eceyh, hihihi
 
Lately, saya ada mohon banyak jugak kerja, bermacam bidang, bermacam jawatan serta bermacam jenis pekerjaan, tapi sampai hari nie iaitu dah nak masuk minggu ketiga sebagai bekas pelajar masih lagi belum ada rezeki, rasa macam sedeh pon ade, terfikir jugak yang saya nie taklayak untuk buat ape ape kerja ke ataupun saya salah tulis nombor talifon yang menyebabkan orang tu takboleh call. Kebimbangan tersebut saya suarakan pada ummi saya, ummi pesan, "Allah nak bagi rezki tu lambat je, mungkin ada hikmah awak takdapat, mungkin sebab ade kerja yang lebih baek berbanding kerja kerja yang awak mohon tu. Bersangka baek lah pada Allah. Nanty Allah bagi yang lebih baek yang tak disangka sangka." Rasa lega bila ummi kata macam tu, yakin lah bahawasanya yang rezki maseh belum berpihak pada saya.
 
Walaumacam mana pun saya tetap akan terus usaha cari dan cari kerja disamping takhenti berdoa semoga dipermudahkan. Awak tolong lah doalah jugak :)  *Saya seorang penganggur*