Monday, March 25, 2013

Rahsia Surah Al- Kauthar



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud 'Sungai di Syurga'. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata yang indah dan cantik.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda(SAW) bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya’allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

*Apa yang saya tahu dan saya dapat, saya akan share melalui blog saya. In sha Allah, manfaatnya kita bersama, Aminn

Wednesday, March 13, 2013

Bilakah Waktu Terkabulnya Doa Seorang Mukmin?

Apa khabar blog saya :) Rindu rindu rindu. Lamanya tak udate. Okelah taknak cerita panjang sangat, kurangkan bercakap perkara yg kurang berfaedah, perbanykkan dakwah. Kat sini saya nak share something yg in sha Allah, akan beri manfaat pada kita.
Rasulullah s.a.w bersabda: "Sampaikanlah ilmu walau sepotong ayat"
Inilah waktu waktu terkabulnya doa yang seharusnya kita tahu sebagai seorang Muslim:
1. Ketika sahur atau sepertiga malam terakhir 
2. Ketika berbuka puasa
3. Ketika malam Lailatul Qadar
4. Ketika adzan berkumandang
5. Di antara adzan dan iqamah
6. Ketika sedang sujud dalam solat
7. Ketika sebelum salam pada solat wajib
8. Di hari Jumaat
9. Ketika hujan turun
10. Hari Rabu antara Zohor dan Asar
11. Ketika Hari Arafah
12. Ketika Perang berkecamuk
13. Ketika meminum air Zam zam
In Sha Allah, semunya milik Allah, Dia berhak melakukan apa saja tanpa keizinan dari makhluk.
Wassalam :)