Monday, May 27, 2013

Hari Convocation

Yeayyy, Alhamdulillah dah convo jugak akhirnya pada 21 May 2013. Syukur syukur syukur. Macam takpercaya bila pakai jubah, topi, dengan sijil kat tangan, lagi takpercaya bila yang anugerahkan siil tu Dato Seri Sahol Hamid (Naib Censolor UiTM) . Saya graduan Diploma yo!!!

Masa hari convo, yang datang sama sama dengan saya ialah pakcik dengan maklang saya. Masa tu sebenarnya nak sedih jugak. Sebab Ummi dengan Abuya saya takdapat pon nak hadirkan diri pada hari berssejarah saya. Bakal suami pon takdapat jugak. Kebetulan masa tu, Abuya saya ada kat hospital, kena tahan wad sebab kan kencing manis, buah pinggang, semput dan sebagainya. So ummi kenalah teman abuya kat hopital. Disebabkan abuya kena ada orang yang jaga, ummi pun takdapat jugak nak hadirkan diri. So mestilah rasa sedih kan. Masa pagi tu, asyik lah airmata nie meleleh. Taktahan sedih rupanya hati nie. HIHIHIHI. Sepanjang dalam dewan, konon taknak nanges, cuba fokuskan diri kat dewan. Tengok muka muka yang bangga dapat sijil. Tahniah untuk diorang :)

Lepas keluar dari dewan, masing masing mencari family masing masing. Seronok je tengok diorang. Saya pula keluar dengan keadaan terpinga pinga tengok kawan kawan salam mak ayah dorang, peluk cium semua. Saya dari jauh hnye pandang jelah, Tetiba hati rasa sebak, walaupon mase tu pakcik dengan maklang ade. Tapi dorang taksama. kebetulan pula masa tu ada bawak kad kahwin, so edarkan kad kahwin jelah, boleh gegurau dengan kekawan. Biasalah, bila nak kawen ni, memanjang je orang dok mengusik. Alhamdullillah dapat jugak ubat rasa sedih :)

Sekarang nie lah baru kita dapat rasa yang sebenar benar rasa yang betapa pentingnya ibubapa dalam hidup kita. Tahniah utk semua kawan kawan yang dah berkonvo. Selamat menjalankan tugas sebagai pelajar ijazah :D

Wednesday, May 1, 2013

Merisik

Dah 2 bulan dah berlalu, masih lagi saya menyimpan sebuah kenangan yang tak mungkin saya sendiri lupakan. 2 bulan yang lepas, semasa bangsa Cina sibuk menyambut perayaan Tahun Baru Cina, rumah saya ada sedikit majlis keraian, iaitu majlis Merisik. Merisik sapee?

Merisik saya lah, Hihihihi. Masa tu macam takpercaya je saya dah ada orang merisik. Dirisik oleh keluar orang yang saya sayang sejak dari zaman persekolahan, Entry sebelum dah cerita dah kan. Seorang jejaka yang berjaya menarik perhatian saya dengan sikapnya yang lembut dan baik budi pekerti. Alhamdulillah kami sekarang hampir tiba ke destinasi, iaitu nikah. Mohon sangat agar Allah s.w.t sentiasa memberkati perkahwinan kami kelak. Tarikh pernikahan pun hanya tinggal sebulan je lagi. Saya pun semakin sibuk nak uruskan itu ini. Macam takpercaya nyaa. Sekejap je masa berlalu. 

Cukup lah sampai sini je entry kali nie, takdapat nak cerita panjang sangat. Sebab rasana setiap orang akan lalui perkara yang sama bila dah nak tiba hari pernikahan. In Sha Allah lain kali berjumpa lagi :)

*Selamat Hari Pekerja*