Tuesday, October 30, 2012

11 org yg didoakan oleh malaikat

 
 
Satu artikel yang saya jumpa yang ingin saye share bersama pembaca blog, menyampaikan sesuatu yang baik itu adalah afdal :)
 
Ade 11 orang yang didoakan oleh para malaikat, iaitu :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.'"

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."

5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu 'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"
Mereka menjawab: 'Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "

10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."

Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.
Sesungguhnya untuk melakukan sesuatu perkara yang baik di sisi Allah itu memang terlalu banyak ujiannya dan amat mujahadah dan memerlukan pengorbanan :)


Selamat beramal

Salam Aidiladha

 
 
Sempena aidiladha tahun nie, ummi tanye saya: "Kite nak masak ape raya haji tahun nie? Asyik rendang je, cuba bagi idea lain." Terfikir fikir nak try menu ape pulak tahun nie, last last dengan excitednya bagi idea "sambal bali" Itu pon sebab saya memang suka dengan menu tu and mencari cari sambal bali masa raya uasa yang lepas. Tapi setiap rumah yang saya pergi semuanya takde menu sambal bali tu :(

Raya haji tahun nie, saya yang masak sambal bali tu, sebenarnya malas sangat nak masak tp memikirkan yang saya memang sangat minat dengan sambal bali, so I'm trying to apply it. The result is not bad, secukup rasa jugak lah, sedapp, hehehe. Bangga sekejap :)
 
Sempat je snap masuk facebook. Hehehe

Wednesday, October 24, 2012

Habes sudah Program Diploma


Alhamdulillah, selesai jugak hajat untuk habes kan diploma setelah 2 tahun setengah mentelaah program nie. Sepanjang 2 tahun setengah tu, macam macam kenangan yang tercipta. Rasa berat hati bila nak tinggalkan kampus Khamis lepas (18 Okt). Sayu je hati, tengok kawan rapat saya sejak semester 1 lambai lambai tangan sambil kesat airmata, tengok dia macam tu, rasa maca sedeh, sebak, taktahu lah lepas nie kite diizinkan oleh Allah untuk berjumpa lagi ke tidak.

Lpeas  paper terakhir batch saya. Classmates ajak tangkap gambar sekelas. Kononnya untuk buat kenangan lah, kitorang satu kelas pakai baju kelas yang kitorang sendiri tempah and design. Macam takpercaya yang kita semua dah habes belajar. Rasa macam baru je masuk sem 1 dulu. Seronoknya belajar sampai taksedar yang kita semua dah pun tak diperlukan lagi untuk program diploma. Syukur Alhamdulillah, semuanya menyeronokkan semalam. Seolah olah macam adek beradek bila semuanya jadi rapat secara tetiba padahal sebelum nie kurang mesra. Tapi hari tu memang dah terbukti yang rupa rupanya maseng maseng saling memerlukan bila semuanya macam berat hati and sedeh je bila nak balek. I’m gonna miss them. Memories never died.









Friday, October 12, 2012

Its 12 October

Uit uit ! Its 12th Octobr already. Alhamdulillah. Eyh jap. Kenapa nie? Hehe, sebenarnya hari nie adalah hari yang bersejarah bagi saya. Hari nie lah hari yang menyedehkan pada awalnya, tapi akhirnya jadi yang sebaliknya :)
Petang tu balek dari sekolah sesama dengan dia, mood dia masa tu macam tak oke, membuat kan saya rasa janggal bila berjalan dengan dia walaupon ada kawan lain yang teman. Saya rasa macam ada something yang saya buat salah dengan dia. Dalam otak terfikfir fikir, apa salah yang dah saya buat sampai dia banyak berdiam dari bercakap, takmacam selalu. Scene tu memang menyedihkan sebab rasa macam diketepikan tetiba. Hanya buat taktahu je lah masa tu.
Bila tiba waktu nak balek rumah, dia bagitahu yang dia ada something nak cakap. Tapi taknak cakap sekarang, malam nanty kalau message, dia bagitahu. Saya terus rasa macam memang saya ada buat silap memandangkan muka dia yang serius je tu. Walaupon macam tu, die sempat pesan, jaga diri dalam perjalanan nak balek rumah nanty. Dengan rasa penuh tanda tanya nye, tunggu jelah sampai malam, dia message.
bila tiba waktu malam, lepas solat isyak, lepas makan malam dengan ummi abuya, saya macam biasa duduk kat meja study sambil selak selak buku, nak ulang kaji, memandangkan SPM lagi sebulan je lagi. Tetiba handfon yang ada atas katil berbunyi, dah boleh agak dah sapa yang bagi message waktu waktu macam nie kalau bukan dia. Bila tengok je nama dia yang kirim message tu, terus teringat yang siang tadi dia kata ada something nak bagitahu. tetiba ras takut and risau, dia dah taknak berkawan dengan saya lagi ke? Dalam hati doa jelah yang jangan lah perkara yang saya taknak, dia minta. Saya taknak kita berdua putuskan hubungan nie, walaupon hanya kawan tapi saya memang taknak hilang kawan yang macam dia. Macam biasa, message pertama kedua and ketiga, just bertanya buat apa, dah makan ke, tak study ke malam nie? Tu je? Hati tengah risau nie apa yang dia nak bagitahu siang tadi. Saya dengan rasa taksabarnya gy bertanya, dia nak bagitahu apa siang tadi, saya ada buat salah kat dia ke? Lama nak tunggu dia balas membuatkan saya rasa taksenang duduk. Maybe betul lah ada buat salah yang dia takboleh terima mungkin.
10 minit lepas tu, baru lah dia balas, rasa macam takut plak nak bukak message tu, rasa risau jelah tak sesudah dari tadi. Dalam hati, pujuk, insyaAllah takde apeape, kalau dia taknak kawan dengan kita lagi, mungkin Allah akan hantar orang lain untuk bahagiakan kita, mungkin dia bukan yang terbaek ke. ana kita tahukan tentang rahsia Allah :) Perlahan lahan tekan button oke, and perlahan lahan jugak baca message yang dia hantar yang kononnya dia ada bende nak bagitahu, haa message dia tertulis macam nie:
"Erm awak, saya suka awak, bukan suka, tapi dah lebih dari tu, sudi tak kalau awak jadi lebih dari seorang kawan buat saya. Tapi kalau awak taknak takpe, saya takpaksa" Tetiba rasa macam menggigil je segalanya, tadi kan dah makan, takkan kurang gula lagi kot. Tangan rasa seram sejuk je, berpeluh peluh. Err nie ke yang dia nak bagitahu dari siang tadi, rasa menyesal fikir yang bukan bukan. Taktahu lah masa tu hati nie rasa macam mana, seronok ke, tak seronok ke, suka ke taksuka ke? Tiba giliran saya pulak yang balas message tu lambat. Taktahu nak balas apa sebenarnya. Eyh tapi kenapa ada soalan "Kalau taknak takpe?" Macam takyakin je :( Ye, memang lah saya suka kat dia jugak, tapi takut nak terima, nanty kat kelas macam mana nak tengok muka dia, malu. Lagi satu, dia ke yang dicari? Saya takingat apa yang saya balas masa tu tapi yang pasti saya terima dia. Alhamdulillah dia sangat hormat saya sebagai seorang perempuan :) 
Its that day, 12 October 2009, 11.32 p.m. *Sempat aje tengok jam* and it almost 3 years.. Dia yang saya maksudkan tu sebanarnya Mr. F atau Muhammad Firdaus bin Zulkefli yang sekarang tengah jalani latihan polis kat Kem PUSASDA Port Dikson. Rasa acam baru je tengok dia pakai uniform sekolah semalam, nie dah tukar uniform polis pulak. Syukur Alhamdulillah, murah rezeki dia :)

Oke dah dapat wish dah pun dari dia Subuh tadi. Terima kaseh awak :)

 

Sunday, October 7, 2012

7th October

Bahagianya burung burung berkicau kicau kat tepi tingkap. Cemburu tengok kebahagiaan diorang, Hehehehehe :D Haa, masuk hari nie dah pun tiba hari ke 7 kite berada dalam bulan Oktober. Saya pun dah lepas 2 paper dan sekarang tengah study untuk paper yang ketiga. Erm rasa macam takpercaya je yang sekarang nak sampai waktu untuk tinggalkan kampus nie lepas 2 tahun lebih membina kenangan kat sini. Rasa macam takpuas lagi jadi student. Lepas nie ntah jumpa lagi ke tidak student life. Hopefully I will meet again. Amin.
Dalam bulan Oktober nie, saya akan habeskan final dan akan tinggalkan kampus, saya akan mohon degree sebab tarikh permohonannya tu sampai 30 hari bulan nie je. Saya akan cari kerja dan bekerja. Macam takpercaya yang I will done my diploma soon, Very soon. Alhamdulillah. Semoga urusan lepas nie akan berjalan lancar. Aminn...

*Ada lagi 3 paper lagi nie :)