Thursday, August 30, 2012

Tak Kenal Tapi Kenal


Alhamdulillah dah pun masuk bulan syawal, dikesempatan ini, sy nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan jugak Batin ;) Haa tahun nie sy dapat duit raya agak banyak berbanding tahun lepas, alhamdulillah, terima kaseh pada sape yang bagi duit raya, semoga kalian dipermurahkan rezeki :)

Jangan le pelik dengan tajuk entry kali nie, memang le macam keling siket tajuknya, tapi diriku masih lagi Melayu sejati, Aminn ;) Macam nie, raya ke-5 hari tu iaitu tanggal 23 August, sy dengan beraninya pergi beraya rumah Mr. F a.k.a teman sejati sy tu, insyaAllah :) Yang lagi beraninya sy datang sorang, kawan-kawan yang sy ajak teman beraya masa tu semuanya nak pergi tempat lain, diorang ada plan sendiri rupanya. Oke takpelah, sy nekad nak pergi jugak rumah Mr. F sesorang dengan tak malu nye -.- Sy fikirkan kalau takpergi sekarang, bila lagi nak pergi, lepas nie sy dah balek campus pastu dah busy dengan assignment/ test semua tu.

Sampai je, sy terus call adek perempuan kepada Mr. F tu, minta die datang kat sy dan teman sy sebab sy malu nak masuk rumah die sesorang, then sampai je kat pintu rumah, sy terus pergi kat mak beliau yang memang tengah tunggu sy tu, salam dan peluk. Masa tu tetiba rasa sebak pulak. Hati sy asyik tertanya je mana lah Mr. F nie pergi walaupun sy tahu mana die pergi, tapi hati sy taktahu agaknya yang die takde masa tu. Degilnya hati !

Masa tengah makan, kakak dan emak dia tanya, nak tengok gambar dia tak? Sy terus jawab TAKNAK. Adek dia yang dengar terus jawab, nanty kakak nanges lah tengok gambar dia, diorang semua tergelak. Sy pun gelak je padahal masa tu rasa macam air mata nak jatuh nie. Tahan kan jugak sebab segan nak tunjuk depan diorang :') Bila tiba masa nak balek tu, abang kepada Mr. F tanya, awak dah tengok ke belum gambar dia? Sy jawab jelah belum and taknak tengok. Abang dia terus tanya, eyh kenapa pulak taknak tengok, meyh meyh, tengok. Terus dia suruh adek perempuan Mr. F bagi sy tengok gambar dia. Masa tengok, mulut nie ntah kenapa boleh tanya, eyh sapa nie? Aku kenal, tapi macam takpercaya itu sebenarnya dia. Kenapa lain sangat nie. Yeke tu dia? Rasa macam takkenal tapi kenal :\ . Adek die yang dengar just senyum je then terus pergi. Sy jelah duk melayan perasaan tengok gambar dia, memang lain sangat, dia dah kurus, botak, takde misai, takde janggut. Yang paling kesian dia dah kurus. Air mata masa tu mengalir taknak berhenti. Puas jugak tahan tapi degil betul mata nie :'( YaAllah, rindunya kat dia !

Taklama pun sy tengok gambar tu, bila air mata nie dah laju je sy terus tutup gambar tu taknak tengok lagi. tetibe adek die datang, pegang sy, pujuk aku. Ya Allah, masa tu memang malu, rasa macam mengada- ngada je nak nanges, padahal Mr. F just pergi sekejap je. Bila pikir balek rasa macam kelakar pon ade. Takreti nak kawal perasaan depan orang. MashaAllah. Dah lepas tu, sy terus ajak adek die keluar pergi jalan- jalan. Just nak pujuk balek hati nie jangan sedeh. Apa- apa pun sy sangat hargai family dia sebab layanan yang diorang bagi sangat baek, dan buat sy rasa selesa bila dengan diorang :') Terima kaseh 

Ni gambar Mr. F yang terbaru bersama kakak beliau.


Saturday, August 18, 2012

Malam Raya


Apa khabar? Alhamdulillah moga sehat semuanya, isshh lamanye tak update blog. Busy lah kata kan lagi lagi bila nak grade nie kan :p

Haa tahu tak, sy sekarang nie tengah texting dengan my dear Mr.F tau  Macam takpercaya je yang kitorang text, sebabkan dah lama (sejak dia recruiting) kitorang tak text. kebiasaannya dia akan call bile hari minggu, atau pun bila dia free takde aktiviti. Itu pun ada limit masa. Terseksanya tengok dia yang terkurung tu. Apatah lagi dia yang menanggung.

So, berbalek pada tujuan asal update blog nie, malam raya tahun nie berbeza dengan malam raya tahun tahun yang lepas, sebabnya sy dan adek adek masih belum ada lagi baju raya. Mood raya pun takberapa nak fresh, sebenarnya jeles tengok orang yang bersemangat sangat nak sambut raya terutama sekali budak budak, best nye kalau dapat jadi budak budak balek, tp bila dah besar panjang macam nie pun best jugee. Apa sy cakap nie.

Oke lah nanty bila raya sy buat cerita lagi. Cerita yang takbape nak enjoy tu, InsyaAllah :p
Apepun, Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan Batin  

*No display pictures 


Tuesday, August 7, 2012

Perjalanan di Kuala Lumpur


Alhamdulillah pejam celik pejam celik, kita dah pun sampai ke pertengahan bulan puasa. August pon dah mula munculkan diri. Semoga segalanya berjalan dengan lancar lagi lagi pada bulan Ramadhan nie. Pertengahan puasa nie adalah fasa penganpunan, so jangan lah kita sia-sia kan Ramadhan kali nie. Banyak kan ibadat, mana tahu ade rezeki kite dapat berjumpa dengan malam Lailatul Qadar kan :)

Haaa, so sy nak cerita nie, 3 hari lepas sy ada project nak kena siapkan, so kenalah buat research pertaining to the project yang sy tengah usaha nak siapkan before Merdeka nie ! Huh, letihnyaa :(
Kebetulan masa tu sy memang takberapa sehat, then terpaksa jugak pergi demi untuk menyiapkan final project yang amat lah bernilai nie kan :) Kitorang pergi hanya lah dengan menaiki bas je, takmampu nak sewa kereta. Itu pun dah bersyukur dah tau ;) 

Tempat yang sy pergi tu adalah Perpustakaan Negara Malaysia.Group sy kena set up satu organization yang buat service Preserve and Conserve records. Haa bila sampai je Bandar metropolitan tu, group partner terus ajak pergi shopping raya kat Jalan Tar, MashaAllah, masa tu dah lah letih sebabkan tak cukup tidur malam tu dek nak siapkan homework yang lecturer bagi, nie dia boleh ajak pergi shopping kat jalan tempat yang sesak tu. But its oke lah, kita teman kan jelah :) Boleh cuci mata nie sekali kan, besides kat tempat tu memang ada tersimpannya kenangan dengan Mr F yang dah lama tak dengar cerita tu kan. Macam nak mengimbas kenangan je bila jejak kaki kat situ :(

Selepas buat research 
Malam baru lah kitorang sampai rumah, tidur kat rumah salah sorang group partner nie. Family dia memang best, sporting je, adek beradek dia semua ceria je layan kitorang yang tetamu nie. Memang malam tu tidur tak sedar ape dah, letih punya pasal. Esoknya masa tengan buat research, dengar orang tu bercerita tentang records. Sy boleh je menguap, tutup mata sekejap melayan mimpi yang taksudah malam tadi, yaAllah, memang sangat mengantuk masa tu. Letih semalam tak habis lagi. Lucklily staff-staff kat Library negara tu semua mesra and boleh dikatakan kitorang dapat layanan yang first class lah. Memang seronok and kalau ada peluang nak try buat practical preserve dengan conserve bahan-bahan bernilai. Kat bawah nie ada sikit gambar yang aku boleh share kan. Pada sape yang nak tahu tentang conserving records. let check it out ;)

Records nie tangah nak dilap

Betulkan mana-mana helaian yang berlipat

Kekemasan bahan

Bahan untuk repair buku yang rosak

Manuskrip Melayu yang tengah dalam proses nak baik pulih

Okeeh, itu jee ;)