Tuesday, August 7, 2012

Perjalanan di Kuala Lumpur


Alhamdulillah pejam celik pejam celik, kita dah pun sampai ke pertengahan bulan puasa. August pon dah mula munculkan diri. Semoga segalanya berjalan dengan lancar lagi lagi pada bulan Ramadhan nie. Pertengahan puasa nie adalah fasa penganpunan, so jangan lah kita sia-sia kan Ramadhan kali nie. Banyak kan ibadat, mana tahu ade rezeki kite dapat berjumpa dengan malam Lailatul Qadar kan :)

Haaa, so sy nak cerita nie, 3 hari lepas sy ada project nak kena siapkan, so kenalah buat research pertaining to the project yang sy tengah usaha nak siapkan before Merdeka nie ! Huh, letihnyaa :(
Kebetulan masa tu sy memang takberapa sehat, then terpaksa jugak pergi demi untuk menyiapkan final project yang amat lah bernilai nie kan :) Kitorang pergi hanya lah dengan menaiki bas je, takmampu nak sewa kereta. Itu pun dah bersyukur dah tau ;) 

Tempat yang sy pergi tu adalah Perpustakaan Negara Malaysia.Group sy kena set up satu organization yang buat service Preserve and Conserve records. Haa bila sampai je Bandar metropolitan tu, group partner terus ajak pergi shopping raya kat Jalan Tar, MashaAllah, masa tu dah lah letih sebabkan tak cukup tidur malam tu dek nak siapkan homework yang lecturer bagi, nie dia boleh ajak pergi shopping kat jalan tempat yang sesak tu. But its oke lah, kita teman kan jelah :) Boleh cuci mata nie sekali kan, besides kat tempat tu memang ada tersimpannya kenangan dengan Mr F yang dah lama tak dengar cerita tu kan. Macam nak mengimbas kenangan je bila jejak kaki kat situ :(

Selepas buat research 
Malam baru lah kitorang sampai rumah, tidur kat rumah salah sorang group partner nie. Family dia memang best, sporting je, adek beradek dia semua ceria je layan kitorang yang tetamu nie. Memang malam tu tidur tak sedar ape dah, letih punya pasal. Esoknya masa tengan buat research, dengar orang tu bercerita tentang records. Sy boleh je menguap, tutup mata sekejap melayan mimpi yang taksudah malam tadi, yaAllah, memang sangat mengantuk masa tu. Letih semalam tak habis lagi. Lucklily staff-staff kat Library negara tu semua mesra and boleh dikatakan kitorang dapat layanan yang first class lah. Memang seronok and kalau ada peluang nak try buat practical preserve dengan conserve bahan-bahan bernilai. Kat bawah nie ada sikit gambar yang aku boleh share kan. Pada sape yang nak tahu tentang conserving records. let check it out ;)

Records nie tangah nak dilap

Betulkan mana-mana helaian yang berlipat

Kekemasan bahan

Bahan untuk repair buku yang rosak

Manuskrip Melayu yang tengah dalam proses nak baik pulih

Okeeh, itu jee ;)
 

No comments:

Post a Comment

Suka lah untuk tinggalkan comment ye ;)