Thursday, August 30, 2012

Tak Kenal Tapi Kenal


Alhamdulillah dah pun masuk bulan syawal, dikesempatan ini, sy nak ucapkan Selamat Hari Raya, maaf Zahir dan jugak Batin ;) Haa tahun nie sy dapat duit raya agak banyak berbanding tahun lepas, alhamdulillah, terima kaseh pada sape yang bagi duit raya, semoga kalian dipermurahkan rezeki :)

Jangan le pelik dengan tajuk entry kali nie, memang le macam keling siket tajuknya, tapi diriku masih lagi Melayu sejati, Aminn ;) Macam nie, raya ke-5 hari tu iaitu tanggal 23 August, sy dengan beraninya pergi beraya rumah Mr. F a.k.a teman sejati sy tu, insyaAllah :) Yang lagi beraninya sy datang sorang, kawan-kawan yang sy ajak teman beraya masa tu semuanya nak pergi tempat lain, diorang ada plan sendiri rupanya. Oke takpelah, sy nekad nak pergi jugak rumah Mr. F sesorang dengan tak malu nye -.- Sy fikirkan kalau takpergi sekarang, bila lagi nak pergi, lepas nie sy dah balek campus pastu dah busy dengan assignment/ test semua tu.

Sampai je, sy terus call adek perempuan kepada Mr. F tu, minta die datang kat sy dan teman sy sebab sy malu nak masuk rumah die sesorang, then sampai je kat pintu rumah, sy terus pergi kat mak beliau yang memang tengah tunggu sy tu, salam dan peluk. Masa tu tetiba rasa sebak pulak. Hati sy asyik tertanya je mana lah Mr. F nie pergi walaupun sy tahu mana die pergi, tapi hati sy taktahu agaknya yang die takde masa tu. Degilnya hati !

Masa tengah makan, kakak dan emak dia tanya, nak tengok gambar dia tak? Sy terus jawab TAKNAK. Adek dia yang dengar terus jawab, nanty kakak nanges lah tengok gambar dia, diorang semua tergelak. Sy pun gelak je padahal masa tu rasa macam air mata nak jatuh nie. Tahan kan jugak sebab segan nak tunjuk depan diorang :') Bila tiba masa nak balek tu, abang kepada Mr. F tanya, awak dah tengok ke belum gambar dia? Sy jawab jelah belum and taknak tengok. Abang dia terus tanya, eyh kenapa pulak taknak tengok, meyh meyh, tengok. Terus dia suruh adek perempuan Mr. F bagi sy tengok gambar dia. Masa tengok, mulut nie ntah kenapa boleh tanya, eyh sapa nie? Aku kenal, tapi macam takpercaya itu sebenarnya dia. Kenapa lain sangat nie. Yeke tu dia? Rasa macam takkenal tapi kenal :\ . Adek die yang dengar just senyum je then terus pergi. Sy jelah duk melayan perasaan tengok gambar dia, memang lain sangat, dia dah kurus, botak, takde misai, takde janggut. Yang paling kesian dia dah kurus. Air mata masa tu mengalir taknak berhenti. Puas jugak tahan tapi degil betul mata nie :'( YaAllah, rindunya kat dia !

Taklama pun sy tengok gambar tu, bila air mata nie dah laju je sy terus tutup gambar tu taknak tengok lagi. tetibe adek die datang, pegang sy, pujuk aku. Ya Allah, masa tu memang malu, rasa macam mengada- ngada je nak nanges, padahal Mr. F just pergi sekejap je. Bila pikir balek rasa macam kelakar pon ade. Takreti nak kawal perasaan depan orang. MashaAllah. Dah lepas tu, sy terus ajak adek die keluar pergi jalan- jalan. Just nak pujuk balek hati nie jangan sedeh. Apa- apa pun sy sangat hargai family dia sebab layanan yang diorang bagi sangat baek, dan buat sy rasa selesa bila dengan diorang :') Terima kaseh 

Ni gambar Mr. F yang terbaru bersama kakak beliau.


2 comments:

Suka lah untuk tinggalkan comment ye ;)