Thursday, October 3, 2013

Perginya Seorang Bapa

Hampir 2 bulan sudah pemergian bapaku tercinta menghadap Ilahi, masih lg teringt ingt segala kenangan masa beliau hidup dan masih sihat :'(
Tanggal 27 Julai 2013, selepas habis waktu sahur dan selesai solat Subuh, ada panggilan dr hospital meminta kami sekeluarga datang ke hospital segera sebb dimaklumkan ayah sy yg kami adek beradek panggil "Abuya" seolah tenat. Kami cuba kuatkan semangat, fikir sehabis positif untuk menyedapkan hati. Pagi tu jugak kamu sekeluarga bertolak ke hospital. Bila tiba kat depan pintu wad, sy suruh adek beradek masuk dulu sebab nak call suami yg bertugas kat Perlis utk maklumkan hal kecemasan nie.
Habis saja bercakap dengan suami, sy pon masuk dengan tenang je seolah macam segala nya dlm keadaan baik. Tiba kat katil yg menempatkan abuya, sy lihat langsir di sekeliling katil abuya di tutup, sambil tu terdengar suara tangisan adek2. hati mula rasa tak sedap. Perlahan lahan pergi kat katil dan selak langsir. masa tu sy hairan kenapa memasing sume nangis seolah macam benda teruk yg jadi. Mata sy terpandang kaki yg berselimut kaku di atas katil. perlahan lahan sy alihkan mata ke badan dan akhirnya wajah. Sy nampak muka abuya dah pon ditutup dengan kain selimut. Dalam kepala tertnya, kenapa tutup muka nie? Tetiba seolah macam hilang. Bila tersedar, sy hanya tahu yg abuya dah takda, dah pergi tinggalkan kami. Tetiba sy menjerit, seolah macam taboleh nak kawal perasaan nie. Ape benda semua nie. betul ke nie? Sy menjerit memanggil abuya semahunya. Sedara mara yg ada kat situ masa tu hanya memeluk kami 3 beradek utk redakan perasaan kami, ibu dah terjelopok atas lantai sambil menangsi. Sy macam takpercaya yg terbaring kaku berselimut habis tu ayah kami yg menjaga, mendidik, memberi penuh kasih syg pd kami sejak kami lahir lg sehinggalah kami dah besar panjang. 
Bila kami dah mula reda, kami cuba terima kenyataan sebaiknya, ni semua Allah yg nak. Daripada abuya kami menderita, lebih elok lah die pergi menghadapNya. Kami menguruskan jenzah untuk dibawa balek dan dimandikan. Kami 3 baradek minta izin pada bilal jenazah utk mandikan sendiri jasad abuya kami yg mnjaga kami selama ini. Masa kecik dia lah yg memandikan kami 3 beradek, sampai kami masuk sekolah rendah pon masih lagi abuya yg mandikan. Bila dia dah meninggal, biarlah jenazahnya kami yg mandikan. Selepas mandi kami kafankan sendiri, pon masih lagi hanya kami ber3 bersama dengan bilal jenazah yg uruskan pengkafanan. Kami puas dapat uruskan sndri dengan tangan kami. Alhamdulillah. Kami sangat puas. 
Segala doa2 yg abuya kami ajar, ilmu yg abuya kami ajar, alhadulillah kami masih amalkan hingga kini, seolah macam kebiasaan kerana dididik dr kecik macam tu. Semoga apa yg kami pelajari dari abuya ni menjadi saham pahala abuya kat akhirat sana. Aminn :'(



No comments:

Post a Comment

Suka lah untuk tinggalkan comment ye ;)